Tercipta dari rusuk lelaki, bukan dari kaki utk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dan dekat dihati utk dikasihi...... Akulah wanita istimewa....

Saturday, February 20, 2010

MUSLIMAH DAN KEGIATAN DALAM WAKTU BELAJAR

Sebagai seorang muslimah,menuntut ilmu adalah satu keperluan syar’ie yang
kita tidak boleh lari daripadanya.Ianya lebih perlu kepada muslimah yang berada dalam gerakan Islam untuk memastikan agama Allah di tamkinkan di muka bumi ini.Sehubungan dengan itu,antara kewajipan yang perlu bagi seorang pelajar muslimah daiyah ialah :

a) Cemerlang dalam pelajaran
b) Mengadakan hubungan erat dengan rakan-rakan sekuliah
c) Melibatkan diri dalam kegiatan pelajar (persatuan)

Kecemerlangan dalam pelajaran

Kecemerlangan adalah menjadi suatu tuntutan dalam Islam.Ini kerana Islam itu sendiri merupakan agama yang menekankan persoalan tersebut .Muslimah yang cuai dalam mengejar matlamat ini seolah-olah telah meninggalkan salah satu daripada tuntutan Islam.Antara hujah bahawa perlunya kecemerlangan dalam pelajaran ialah :
a) Rasulullah saw telah bersabda dalam hadithnya :
إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
b) Kecemerlangan dalam pelajaran dengan sendirinya mengukuhkan lagi
amal Islami.Kerana dengan ini amal Islami akan dapat mencapai berbagai-
bagai target atau matlamat yang telah di gariskan demi kemaslahatan
ummah dan seterusnya berjaya menandingi golongan musuh.
c) Kecemerlangan ini akan memendekkan lagi marhalah dakwah dalam amal
Islami.Ini kerana dengan kemampuan kita di sudut ilmu dengan memiliki
ijazah M.A atau PhD di samping akhlak yang luhur akan memudahkan lagi
penerimaan masyarakat.

Mengadakan hubungan erat dengan rakan sekuliah

Sesungguhnya hubungan tersebut hendaklah bertitik tolak dari:
a) Sangka baik terhadap rakan dan bermua’malah dengan cara yang terbaik
dengan mereka.
b) Cintakan rakan akan sebagai cinta kerana Allah.
c) Memberikan pertolongan dan khidmat kepada mereka.
Perkara di atas adalah penting bagi merapatkan muslimat dai’yah dengan golongan mad’u (pelajar umum) sehingga ia mampu untuk memberikan kesedaran Islam kepada mereka seterusnya mengajak mereka bersama dalam dakwah.

Melibatkan diri dengan kegiatan persatuan

Antara kewajipan seorang muslimah dai’yah ialah melibatkan diri dengan
persatuan pelajar di tempat ia belajar.Ini berguna untuknya bagi melatihkan diri untuk mahir dalam berhadapan dengan masyarakat dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.Perlu diingat bahawa janganlah disebabkan penglibatan kita dalam persatuan mengakibatkan matlamat asal kita terbengkalai dan tidak menjaga adab-adab dan akhlak Islam.Ini akan membawa fitnah kepada dakwah yang sedang didokong.

No comments:

Post a Comment